Thursday, November 24, 2011

Dear Fake Princess [Chapter 1]


HanAh's POV

Hello there . Namaku Jung HanAh . Anak kepada Jung MinHyuk , seorang pemilik restoran bubur ayam yang terkenal di bandar Seoul . Aku seorang pemain lacrosse yang terbaik di Sekolah Tinggi A . Oleh sebab aku terlalu handal bermain lacrosse dan meraih banyak anugerah , aku telah ditawar untuk masuk ke Sekolah Tinggi S iaitu salah sebuah sekolah elit yang sangat terkenal di bandar Seoul ini . 

Sudah dua malam aku memikirkan hal ini . Aku tak tahu nak terima ataupun menolak tawaran ke sekolah tu . Pendapat appa dan omma , aku patut masuk ke sekolah itu kerana masa hadapanku untuk menjadi seorang pemain lacrosse terhandal sangat cerah . Arghh . Betul-betul kusut ni . Esok ialah hari pendaftaran , patutkah aku pergi esok ? Aishh . 

"Noona ! Noona !" jeritan JunSuk dari luar bilik mengejutkan aku ke alam realiti . Cepat-cepat aku meletakkan surat tawaran itu di meja solek dan membuka pintu . 

"Noona ~ omma panggil suruh turun ke ruang tamu" kata JunSuk sejurus aku membuka pintu bilik . 

"For what ?" 

"Entah , omma suruh sekarang juga" katanya lagi lalu berlari meninggalkan aku . Tanpa membuang masa aku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu . 

+++++++

"Yah , omma . ni apa ?" soalku kepelikkan selepas omma menyorongkan sebuah bungkusan putih di atas meja . 

"Bukalah dulu . Baru kamu tahu apa isi dalamnya" jawabnya dengan reaksi wajahnya yang gembira . Appa juga begitu . Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak , aku pun membuka tali yang diikatkan di bungkusan itu . 

5
4
3
2
1
Teet ! Masa tamat . 

Aku terkesima melihat uniform sekolah baru yang dibungkus di dalam bungkusan putih tadi . Baju yang terbaring layu di atas meja terus aku tarik dan kenakan pada badan . Wahh ~ sungguh cocok sekali . 

"Omma ~ Appa ~ Terima kasih sebab bersusah payah belikan baju ni . Mesti mahal kan ~" kataku dengan perasaan terharu . Appa dan omma hanya mengukirkan senyuman sahaja kepadaku . 

"Mahal ke tak , itu semua tak penting . Yang penting sekarang ni , kamu boleh teruskan kerjaya kamu di sekolah itu nanti" kata Appa selepas beberapa saat mendiamkan diri . Serta merta keluhan terbit di bibir . Uniform yang aku letakkan di tubuh , dijatuhkan kebawah . 

"Kenapa ? Kamu tak suka kah uniform ni ?" soal omma selepas melihat riak wajahku . 

"huh ? mestilah HanAh suka . Siapa tak suka ~ lawa baju ni . jahitannya pun kemas ~". jauh dari sudut aku , aku tak suka tengok appa dan omma membazirkan duit mereka demi aku . Bukannya aku tak dapat teruskan cita-cita aku sebagai pemain lacrosse terhandal bila berada di sekolah lama . Aku masih boleh . Cuma peluangnya agak tipis . Haih . 

"So , HanAh . Kamu ambil uniform ni masuk ke dalam bilik dan tidur . Esok kena bangun awal" pintah Appa kepadaku . Aku hanya menturuti sahaja apa yang appa katakan . Uniform sekolah itu aku balut semula dengan kain bungkusan putih itu . Kemudian , aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik . 

++++++

Sebelum jam loceng berbunyi mengejutkan aku daripada tidur , aku terlebih dahulu bangun mendahului jam loceng itu . Aku mengenakan uniform sekolah pada tubuh . Nampak sesuai . Cantik dan Kemas . Aku suka baju sekolah ini . Rambut yang masih basah dikeringkan dengan alat pengering rambut . Beberapa minit selepas itu rambut dikeringkan , aku terus mengikat rambut kepada tocang satu . Beg sekolah yang bergantung di tiang aku capai . Tombol pintu dipulas lalu dibuka . Dengan perasaan dan azam yang baru aku melangkah keluar dari bilik dan turun ke ruang makan untuk menikmati juadah sarapan pagi .

13_large 

+++++

"Wah , omma sedapnya ~" kataku seraya mengambil tempat duduk di meja . Omma yang sibuk meletakkan sup sayur di atas meja juga turut serta mengambil tempat duduk . Bau makanan aku kipas-kipaskan ke hidung . Wala ~ wala ~ enak betul bau dia . Ini yang buat aku tak sabar-sabar nak makan . 

Mangkuk yang dihulurkan oleh omma pantas aku sambut . Sudu yang diletakkan di dalam cawan , cepat-cepat aku ambil . 

Slrpp !

Omona ~ sedapnya sup sayur omma pagi ni . Betul-betul membuka selera aku nak makan . YummYumm . Sup yang mengalir keluar dari bibir , aku lap menggunakan ibu jari . Omma yang melihat gelagatku hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja . 

"HanAh , cepat makan tu . Nanti appa nak hantar kamu ke sekolah" pesan Appa sambil menyelak helaian surat khabar . Langkahku untuk menghirup lagi satu sudu sup terhenti . 

"Alah ~ asal cepat sangat . Bagi HanAh habiskan sup omma ni dulu lah ~" jawabku sambil memasukkan roti yang dikoyakkan tadi . 

"Appa taktahu jalan ke sekolah kamu tu . Jadi tolong makan cepat sikit" kata Appa lalu bangun daripada tempat duduk . Dengan hati yang berat nak tinggalkan sup omma yang masih banyak lagi tu , aku terpaksa meninggalkannya seketika . Appa ! Kejam ! Bluekk . 

Aku menyarung kasut sekolah yang baru lalu menuju ke kereta appa . 

++++++

"Wahh ! Besarnya sekolah ni . Lebih besar dari sekolah aku yang dulu" kataku seraya tergamam melihat suasana bangunan 3 tingkat ini . Pelajar-pelajarnya juga ramai yang cantik dan kacak . Belum masuk lagi dalam sekolah , aku sudah mencuci mata dari luar pagar . haha . 

Langkahku dilajukan untuk berjumpa dengan pengetua untuk mendaftarkan diri sebagai murid baru di sekolah ini .

"Arghhh !!"

Tanpa aku sedari ketika aku tengah berjalan , aku terlanggar seseorang . Wajahnya aku amat kenal . Sangat sangat kenal . Dia ialah ...........

++++++++++++++++++

To be continued